Description : PERANG SALIB KETIGA - Tumpasnya Richard The Lionheart
Selepas Baitulmuqaddis berjaya dibuka oleh Salahudin Al-Ayubi, negara-negara Kristian Eropah mula menggerakkan misi merampas kembali tanah suci itu. Raja-Raja besar Eropah mengumpulkan kekuatan tentera yang mencapai ratusan ribu orang, lalu berarak menuju ke Timur.
Antara raja-raja itu, muncul seorang raja yang menjadi duri dalam daging tentera Islam. Beliau adalah Richard 1, Raja England yang lebih dikenali sebagai Richard The Lion.
Kegagahan beliau di medan tempur dan kepintaran strateginya, menyebabkan tentera Islam mengalami beberapa kekalahan. Akibatnya, Richard The Lionheart sudah semakin hampir dengan Baitumuqaddis.
Namun, tentera Islam di bawah kepimpinan Salhudin Al-Ayubi tidak pernah patah semangat.
Lalu apa akhir pertembungan dua pemimpin agong ini ?