Description : WARNA-WARNI DALAM KEHIDUPAN-Kompilasi Artikel Majalah al-Ustaz,Kolum Warna Kehidupan
Dalam kehidupan, kita sering kali dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Nah, inilah bingkisan mutiara jiwa pemecah kebuntuan. Dilema sebagai insan yang memegang pelbagai peranan. Tidak kiralah anda seorang ibu, bapa, suami, isteri ataupun si bujang yang sedang mencari pendamping diri. Warna-warni kehidupan merupakan coretan pengalaman dan luahan yang mewarnai kehidupan masyarakat sekeliling kita. Luahan masyarakat digarap bersama panduan berhikmah daripada pengalaman penulis menghasilkan perkongsian yang menarik untuk kita teladani.
Buku ini turut menyentuh cabaran masa kini seperti gejala ISIS dan kemurtadan mahupun anasir LGBT yang turut mempengaruhi sebahagian masyarakat Islam. Justeru, ambillah iktibar daripada setiap perkongsian agar kehidupan kita diwarnai dengan jalan yang dirahmati Maha Berkuasa.