Description : PRAKTIK SOLAT WAKTU KRITIKAL
Pernahkah anda mengalami kesulitan untuk mengerjakan solat ketika dalam perjalanan?
Pernahkah anda terlepas menunaikan solat fardhu kerana berada dalam situasi-situasi di luar kebiasaan, seperti berada dalam kesesakan lalu lintas atau berada di dalam hutan?
Mungkin masih ramai antara kita yang menghadapi masalah dan kemusykilan dalam hal-hal berkaitan solat. Buku ini memberi panduan jelas dan lengkap berserta gambar tentang kaedah perlaksanaan solat semasa berada dalam keadaan yang di luar daripada kebiasaan. Antaranya ialah :
- Kaedah berwuduk di dalam kenderaan
- Kaedah menentukan arah kiblat
- Solat jamak dan solat qasar
- Kaedah solat ketika dalam keuzuran
- Kaedah solat di dalam kenderaan
- Kaedah solat dengan memakai kasut