Description : LOST? AL-QURAN KAN ADA
Kadangkala di saat hati sedih, buntu memikirkan masalah kehidupan yang tidak berkesudahan, kita lebih suka mencari keseronokan lain untuk melupakan masalah. Namun, Allah SWT telah menitipkan al-Quran kepada umat-Nya agar kehidupan manusia terpandu dengan baik. Jika terasa diri jauh daripada Tuhan, buka dan bacalah al-Quran. Sayangilah al-Quran melebihi apa yang ada di sekeliling anda, kerana ia kalam Allah.
Pastikan Al-Quran sentiasa ada.
Ikuti kisah pengalaman dakwah Ustaz Zamri dan bagaimana beliau mengaitkan setiap kisahnya dengan ayat-ayat al-Quran. Dalam setiap butir pesanannya, terselit mutiara hikmah untuk panduan semua.