Description : MAKKAH AL-MUKARRAMAH - Kelebihan Dan Sejarah
***
Apabila tiba di Marwah pada kali terakhir, Hajar terdengar seakan-akan bunyi suara, lalu beliau mendiamkan diri dan memasang telinga dengan teliti. Beliau mendengar bunyi suatu suara yang berkata kepadanya, " Aku telah mendengar suara kamu. Adakah kamu mempunyai sesuatu untuk menolongku ?". - Siapakah yang berkata-kata itu? ketahuinya di halaman 49.
***
Ibrahim lalu berpesan, " Apabila suami kamu pulang, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu kepadanya supaya menukar mabang pintu rumahnya." - Apakah maksud kata-kata Nabi Ibrahim ini? Ketahuinya di halaman 52.
***
Ibrahim lalu berkata " Wahai Ismail! Allah telah menurunkan perintah-Nya terhadapku." Kata Ismail, "Tunaikanlah apa yang telah diperintahkan oleh Tuhanmu." Ibrahim bertanya, "Adakah kamu akan menolongku?" Ismail menjawab, " Aku akan menolongmu." - Apakah yang telah diperintahkan kepada Nabi Ibrahim? Ketahuinya di halaman 54.