Description : PESAN HATI UNTUK HATI
Buku ini merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Huraiannya bermula dengan persoalan asas yang berkaitan iman, Islam dan ibadah kemudian menjangkau aspek hubungan sesama makhluk agar pembaca akan sentiasa faham, ingat dan beramal selaras dengan prinsip pengajian yang dinamik.
Mengapa buku ini wajar dimiliki ?
- Mendidik hati agar tidak terus alpa sebaliknya sentiasa akrab dengan Allah yang seterusnya memberi penekanan kepada pesan takwa.
- Menyingkap masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan umat dan cara mengatasinya.
- Membawa mesej agar memurnikan kembali kehidupan beragama.
- Menekankan soal keberkesanan ibadah-ibadah lahiriah dalam proses pembentukan hati nurani yang baik dengan menyingkap hikmah yang lebih maknawi.
- Sebagai teman dalam menelusuri jalan takwa dan panduan dalam bermujahadah.