Description : KUASA SOLAT DUHA
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi :
Allah SWT berfiman : "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau meninggalkan empat rakaat pada waktu permulaan siang ( solat duha) nescaya pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir harinya."
(Hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan Tirmizi)
Rasulullah SAW bersabda, " Solat awwabin (orang yang suka taubat) waktunya adalah ketika unta merasakan panas."
(Hadis riwayat Muslim, Ad Darimi dan Ibnu Hibban)
Abu Hurairah berkata, " Kekasihku Nabi SAW mewasiatkan kepadaku dengan 3 perkara yang tidak akan aku tinggalkan, iaitu agar aku berpuasa 3 hari setiap bulan, agar aku tidak meninggalkan dua rakaat solat duha kerana ia adalah solatnya orang-orang yang sentiasa kembali (bertaubat) kepada Allah, dan agar aku tidak tidur malam kecuali setelah witir."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)