Description : KALA IZRAIL DATANG BERTAMU
Sesungguhnya manusia tidak mengetahui bilakah waktunya Izrail akan datang bertamu. Akan tetapi Allah memberikan tanda-tanda dekatnya akhirat itu kepada manusia, melalui al-Quran dan sunnah. Buku ini akan memperincikan perkara itu.
Buku ini juga akan membincangkan lebih lanjut, apa yang perlu dilakukan ketika Izrail sudah berada di hadapan pintu dan apa yang akan berlaku apabila roh sudah lepas dari ubun-ubun.
Panduan yang diberikan dalam buku ini bukan sekadar menjadikan kita tahu, malah membuatkan hati kita bersedia bagi menghadapi hari datangnya Izrail. Buku inilah yang perlu dimiliki untuk menjadi manusia yang bijak, iaitu manusia yang sentiasa mengingati mati.