Description : MISTERI DAN DAHSYATNYA AZAB KUBUR
Riwayat daripada Ibnu Abbas ra, beliau melaporkan : Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu domba."
Baginda kemudian mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya, " Mengapa Tuan berbuat demikian?" Baginda menjawab, " Mudah-mudahan diiringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Aisyah ra berkata, " Aku tidak melihat baginda selepas sembahyang kecuali (berdoa) memohon perlindungan daripada azab kubur."
(Hadis riwayat Muslim dan Bukhari)
Buku ini mendedahkan misteri dan dahsyatnya seksaan ataupun azab kubur. Semoga ianya menjadi panduan bagi kita untuk terus meningkatkan amal ibadat agar terhindar daripada azab kubur yang mengerikan itu. Amin ya Rabbil' Alamin.